Diriwayatkan daripada Barra? bin ?Azib r.a:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
Maksudnya: ?Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu. (Hr Bukhari dan Muslim)
Maksudnya: ?Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu. (Hr Bukhari dan Muslim)
Hadis ini mengajar kepada umat Islam supaya baring pada lambung kanan.
Adapun tidur dengan cara yang lain adalah seperti berikut:-
Tidur dengan meniarap
Dr Zafir al-Attar berkata:
“Seseorang yang tidur meniarap di atas perutnya selepas tempoh yang
tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gumpalan
belakang badan yang besar yang menghalang dada daripada meregang dan mengecut
ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan
kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak.”
Pengkaji dari Australia telah menyatakan bahawa berlaku peningkatan
kematian kanak-kanak kepada tiga kali ganda apabila mereka tidur meniarap
dibandingkan jika mereka tidur di lambung kanan atau kiri.
Majalah “Times” telah menyatakan bahawa kajian di Britain telah menunjukkan peningkatan
kadar kematian mengejut kanak-kanak yang tidur meniarap.
Tidur meniarap adalah dilarang oleh Islam. Abu Hurairah r.a telah
meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w . Baginda melihat seorang lelaki
meniarap. Lalu baginda bersabda:
Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan
Rasulnya.” (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)
Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur
meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:
Maksudnya: ?Sesungguhnya ini adalah cara baring
yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.? (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)
Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur
meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:
Maksudnya: ?Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini
adalah cara tidur ahli neraka jahannam.? (Hr Ibnu Majah)
Tidur menelentang
Dr Zafir al-Attar berkata:
Tidur menelentang akan menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut
akan terbuka ketika menelentang disebabkan mereganngnya rahang bawah.
Sepatut dan seeloknya hidung yang bernafas kerana ia terdapat bulu2 dan
hingus yang menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah yang disediakan
untuk memanaskan udara.
Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang
itu terkena selsema di musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang
akhirnya menyebabkan radang.
Tidur mengiring ke kiri
Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu
dihimpit oleh paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru kiri. Ini akan
memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih2
lagi kepada orang yang sudah tua. Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan
menekan jantung.
Perbandingan diantara tidur mengiring ke kanan dan tidur mengiring ke ke
kiri
Kajian yang telah menunjukkan bahawa makanan yang lalu daripada perut
kepada usus berlangsung di antara 2.5 hingga 4.5 jam apabila orang yang tidur
mengiring ke kanan. Manakala orang yang tidur mengiring ke kiri memerlukan masa
di antara 5 hingga 8 jam bagi proses yang sama.
Tidur yang terbaik…
Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana
paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung
benda yang lebih ringan. Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak
tergantung. Perut akan bertenggek di atasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk
mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.
No comments:
Post a Comment